Motor rosak? Perlu diservis? Tak perlu susah-susah ke pekan Balik Pulau kerana Titi Teras mempunyai bengkel motor yg diusahakan oleh anak jati Titi Teras iaitu En Wan Omar bin Ismail. Bermula dengan minat dan kemahiran yg diperolehi ketika bekerja dengan bengkel-bengkel milik orang lain, Omar mula mengusahakan bengkel motor sendiri dengan modal yg kecil.
Sedar atau tidak, sudah lebih 15 tahun Omar mengusahakan bengkelnya ini. Saya masih ingat lagi, Omar Motor dahulunya beroperasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Titi Teras, bersebelahan rumah bapa saudara saya. Kini Omar Motor beroperasi di lot kedai bersebelahan tanah perkuburan Titi Teras.
Kesungguhan Omar dalam mengusahakan bengkel motor ini haruslah dipuji kerana ianya bukti bahawa minat yg diiringi pengetahuan, usaha, kesabaran dan tawakkal, apa sahaja yg ingin dikecapi, dapat diperolehi. Omar juga merupakan tunjang gerakan Belia Titi Teras.
No comments:
Post a Comment