JKKK

FUNGSI DAN TUGAS JKKK


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.



Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.



JKKK yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan.



TANGGUNGJAWAB JKKK :

1. Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung

2. Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong
dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO). 

3. Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO. 

4. Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil yang lain 

5. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali 

6. JKKK perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen
negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya. 




FUNGSI UTAMA

1) Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.

2) Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

3) Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4) Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5) Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.

6) Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampung dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

7) Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja, bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan masyarakat.

8) Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9) Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.

10) Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.

11) Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.

12) Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.


******************

 Ahli Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Titi Teras 2010


Pengerusi JKKK
Tuan Hj Mohd Tuah bin Ismail


Setiausaha Kerja & Biro Tugas-tugas Khas

En Izahan bin Ismail

Setiausaha & Biro Pendidikan


En Rozahan bin Khalib


Bendahari & Biro Pendidikan


Tuan Hj Jamaludin bin Hj Ahmad



Biro Kemudahan Awam & Bencana

En Abu Hanifah B. Hj Abbas
En. Nazdrul B. Osman

Biro Pertanian Dan Perusahaan Kecil

En. Ahmad B. Hj. Hassan
En. Loh Ban Hock

Biro Pembangunan Ekonomi

En. Mohamed Osman B. Mohamed Anvar
En. Wong Pek Seng

Biro Pembangunan Pemuda / Belia

En. Mustafa B. Abd.Rahim
En. Wan Omar B. Ismail

Biro Pembangunan Wanita

Pn Hjh . Maznah Bt. Abdullah
Pn. Hjh. Ramlah Bt. Ahmad

Biro Pembangunan Modal Insan

Tn. Hj. Jamaludin B. Hj. Ahmad
En. Rozahan B. Khalib

Biro Kebajikan Masyarakat

Tn. Hj. Mohd. Latib B. Abd. Rashid
En. Idris B. Hj. Saari




****JKKK Titi Teras dianugerahkan JKKK Terbaik peringkat negeri Pulau Pinang bg tahun 2010. TAHNIAH!****






Motto JKKK Titi Teras: Masyarakat Muafakat, Hidup Berkat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...