Tuesday, May 24, 2011

Sertailah Promoter COMBI



APA ITU COMBI?


  • COMBI adalah singkatan kepada Communication for Behavioural Impact (Komunikasi untuk perubahan tingkahlaku)
  • satu program menggunakan pendekatan komunikasi untuk mengubah tingkahlaku risiko terhadap kesihatan manusia

BAGAIMANA PENDEKATAN MENYEBARKAN MESEJ DALAM COMBI?

  • secara besar-besaran (massive)
  • berulang kali (repetitive)
  • bersungguh-sungguh (intensive)
  • berterusan (persistence)
Pendekatan ini penting bagi memastikan kejayaan program COMBI, memandangkan terdapatnya faktor kekangan dalam komuniti seperti tumpuan, tanggapan dan pengekalan.


FAEDAH KEPADA KOMUNITI:

  • Meningkatkan pengetahuan dan mengamalkan cara hidup sihat
  • Mewujudkan masyarakat yg harmoni dan bersatu-padu
  • Mewujud dan menjadikan persekitaran tempat tinggal yang bersih dan sihat
  • Hubungan inter agensi dan masyarakat akan bertambah erat

PERANAN PROMOTER / SUKARELAWAN:

  • Mengingatkan penduduk setempat supaya menjalankan pemeriksaan di rumah masing-masing
  • Menggerakkan masyarakat setempat membuat pemeriksaan dan gotong-royong di luar kawasan rumah; contohnya, padang permainan, surau, rumah ibadat, kawasan lapang dan sebagainya
  • Mengedarkan risalah denggi
  • Mengingatkan masyarakat untuk mendapatkan rawatan dengan segeran di hospital/klinik kesihatan berdekatan jika mengalami demam.

Di Kampung Titi Teras, pasukan COMBI selalunya bergerak pada hari Ahad pagi lazimnya. 

"TIADA AEDES, TIADA DENGGI!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...