Monday, May 2, 2011

Program Cleaner Greener Penang + Hari Qaryah Titi Teras 2011


TARIKH : 1HB MEI 2011 @ AHAD

JAM: 8.30 PAGI – 1.00 TENGAHARI
TEMPAT: DATARAN MASJID AN-NUR TITI TERAS, BALIK PULAU

ANJURAN BERSAMA:

·      MPPP
·      PEJ.PENYELARAS KADUN PULAU BETONG
·      JKKK / QARYAH / RUKUN TETANGGA TITI TERAS.

TOKOH YANG HADIR:

·      YB CHOW KON YAOW (EXCO KERAJAAN TEMPATAN)
·      YB DATO HJ ABD.HALIM B. HUSSAIN (SPEAKER DUN)
·      YG.BHG HJH FATAYAH (YDP MPPP)

TUJUAN PENGANJURAN PROGRAM:

·      Meningkatkan kesedaran akan pentingnya kebersihan di kalangan para penduduk.
·      Menghijaukan dan menceriakan kawasan sekitar selaras dengan konsep ‘Cleaner Greener Penang’.
·      Mengeratkan hubungan silaturrahim antara agensi kerajaan / NGO agar wujud hubungan yang baik .
·      Menyemai semangat perpaduan dan hubungan muhibbah.

OBJEKTIF:

·      Mengurangkan kes-kes pencemaran alam sekitar dan gaya hidup tidak sihat.
·      Memupuk semangat cintai kebersihan, kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari para penduduk.
·      Memupuk semangat kerjasama dan toleransi di antara penduduk agar mereka mendapat manfaat bersama.

KANDUNGAN PROGRAM

Program yang lebih menekankan aspek pendidikan dan kesedaran akan melibatkan agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan [ NGO ] yang akan menjalankan acara-acara seperti berikut :-

·      Pameran Alam Sekitar
·      Ceramah / Taklimat / Kuiz
·      Pengedaran Beg Kitar-Semula
·      Peraduan Mewarna Kanak-Kanak
·      Aktiviti menanam pokok teduhan
·      Sukaneka / Permainan Tradisional
·      Pertandingan ‘Rumah Ku Bersih & Harmoni’
·      Pertandingan Gubahan Barang Buangan
·      Peraduan Rekaan Kitar Semula
·      Peraduan Fotografi & Cipta Blog Kg


Sumber Maklumat : Blog JKKK Titi Teras

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...