Friday, April 22, 2011

Pengubatan Islam Darussyifa'


Jika anda mencari rawatan pengubatan cara Islam, bolehlah berkunjung ke Pusat Pengubatan Islam Darussyifa' yg terletak kira-kira 50 meter dari Masjid An-nur Titi Teras. Pengusaha pusat pengubatan Islam ini juga mengusahakan kedai runcit bersebelahan rumah yg digunakan untuk merawat pesakit-pesakit yang datang berkunjung untuk rawatan. Rawatan dibuat mulai selepas solat Zuhur. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Haji Fazil di talian  017-4997402.

Medan Selera Titi Teras


Kampung Titi Teras juga mempunyai Medan Selera yang terdiri daripada lot-lot kedai yang disewakan kepada penduduk Titi Teras, dan juga orang luar sebagai tapak perniagaan mereka. Setiap lot disewakan dengan kadar RM 80 sahaja sebulan. Medan Selera atau lot-lot kedai ini diselia dan dikawal oleh JKKK Titi Teras.


Medan Selera ini terletak bersebelahan Dewan JKKK Titi Teras. Sebarang pertanyaan atau jika berkeinginan untuk menyewa salah satu lot kedai di sini, boleh hubungi Pengerusi JKKK Titi Teras, Tuan Hj Mohd Tuah bin Ismail.

Kedai Motor Omar

Motor rosak? Perlu diservis? Tak perlu susah-susah ke pekan Balik Pulau kerana Titi Teras mempunyai bengkel motor yg diusahakan oleh anak jati Titi Teras iaitu En Wan Omar bin Ismail. Bermula dengan minat dan kemahiran yg diperolehi ketika bekerja dengan bengkel-bengkel milik orang lain, Omar mula mengusahakan bengkel motor sendiri dengan modal yg kecil.

Sedar atau tidak, sudah lebih 15 tahun Omar mengusahakan bengkelnya ini. Saya masih ingat lagi, Omar Motor dahulunya beroperasi di hadapan Sekolah Kebangsaan Titi Teras, bersebelahan rumah bapa saudara saya. Kini Omar Motor beroperasi di lot kedai bersebelahan tanah perkuburan Titi Teras.

Kesungguhan Omar dalam mengusahakan bengkel motor ini haruslah dipuji kerana ianya bukti bahawa minat yg diiringi pengetahuan, usaha, kesabaran dan tawakkal, apa sahaja yg ingin dikecapi, dapat diperolehi. Omar juga merupakan tunjang gerakan Belia Titi Teras.



Taman Permainan


Semasa kecil, saya sangat-sangat suka jika dapat bermain di taman permainan. Saya kira setiap kanak-kanak akan merasakan perasaan yg sama. Namun pada waktu saya kecil dahulu, saya sangat jarang dapat bermain di taman permainan kerana pada waktu itu, taman permainan yg terdekat dengan kampung titi teras adalah taman permainan di Jalan Chai. Oleh kerana lokasi taman permainan itu yg terletak di tepi jalan besar dan terpaksa melintas jalan yg sibuk sebelum dapat sampai ke taman itu, saya dilarang oleh ibu bapa saya daripada pergi bermain disitu. Ianya terlalu merbahaya malah pernah mengorbankan seorang rakan saya semasa di sekolah rendah.

Sekarang, anak-anak kecil Kg Titi Teras tidak perlu menempuh bahaya itu lagi kerana sebuah taman permainan telah disediakan dan diletakkan di perkarangan Masjid An-Nur Titi Teras. Taman permainan ini merupakan hasil sumbangan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Ianya siap dipasang pada 30 Disember 2010 yg lalu dan boleh dikatakan ianya adalah hadiah sempena menyambut tahun baru 2011 buat penduduk Kg Titi Teras.

Segunung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MPP di atas sumbangan yg diberikan!


Taman permainan ini menjadi tumpuan kanak-kanak kerana lokasinya yg strategik iaitu bersebelahan Tadika Ummi, Sekolah Agama Rakyat, PPIK dan Perpustakaan Desa PNM Titi Teras.

Lain-lain Kemudahan



Tempat letak basikal dan motor ini juga antara kemudahan sampingan yg diwujudkan bagi memberi keselesaan kepada penduduk Kg Titi Teras. Ruangan ini selalunya digunakan oleh penduduk Kg Titi Teras yg bekerja kilang secara syif (pagi atau malam). Mereka akan meninggalkan motor atau basikal mereka di sini sebelum menunggu kedatangan bas kilang seawal jam 6 pagi. Dengan adanya tempat letak motor dan basikal ini, pemilik kenderaan akan berasa yakin dan selamat untuk meninggalkan kenderaan mereka. Tidak perlu lagi bimbang motor atau basikal dibasahi hujan.


JKKK Kg Titi Teras menyediakan kemudahan dewan serbaguna utk kegunaan penduduk Titi Teras. Dewan ini terletak kira-kira 50 meter dari Sekolah Kebangsaan Titi Teras. Dewan ini merupakan tempat di mana mesyuarat JKKK diadakan. Di samping itu, dewan ini digunakan sebagai tempat kaum wanita belajar memasak melalui program yang diatur dan dianjurkan oleh KPW Titi Teras. Bagi penduduk yg mempunyai ruang atau halaman rumah yg sangat terhad untuk mengadakan kenduri kahwin khususnya, boleh juga menyewa dewan JKKK ini pada kadar RM100 untuk sehari.

TASKA An-Nur Titi Teras


Bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak kecil, Taska An-Nur merupakan pusat asuhan yg pertama menjadi pilihan. Lokasinya yg terletak di dalam kampung, berdekatan dengan masjid, Tadika Ummi & Sekolah Agama Rakyat Titi Teras.

Kanak-kanak dan bayi yg berusia 2 bulan ke atas sehingga usia 6 tahun. Perkhidmatan asuhan diberikan selama sehari penuh (waktu pejabat) atau separuh hari.

Kedai Runcit

Penduduk Kg Titi Teras jarang berhadapan dengan masalah dalam mendapatkan bekalan barang runcit untuk kegunaan seharian. Ini kerana kampung ini mempunyai 3 kedai runcit yg beroperasi sejak bertahun lamanya.

Berikut merupakan kedai-kedai runcit yang terdapat di Kg Titi Teras:


Lokasi: kurang 100 meter dari Masjid An-Nur Titi Teras




Lokasi: lebih kurang 100 meter dari simpang masuk ke Kg Titi Teras.
Terima kasih kepada En Ishak bin Hassan, pemilik kedai runcit ini kerana membenarkan saya mengambil gambar di kedai beliau. Syukran!



Lokasi: terletak di simpang masuk ke Kg Titi Teras

Taman Rekreasi Pokok Kenanga


Setiap kampung pasti ada kawasan atau tempat yg dikhaskan untuk aktiviti riadah. Begitu juga dengan Kg Titi Teras. Kawasan ini dinamakan Taman Rekreasi Kenanga. Taman ini adalah sumbangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dilengkapi pondok rehat, laluan berbatu refleksologi dan gelanggang takraw yg juga boleh digunakan sebagai gelanggang badminton.


Selain Dataran Masjid An-Nur Titi Teras, perkarangan Taman Rekreasi Pokok Kenanga ini juga menjadi tempat di mana aktiviti-aktiviti yg dianjurkan oleh Qaryah atau JKKK dijalankan.

-Ehh, Pokok Kenanga ke Kenaga ni? Saya pula yg keliru. Dilarang menceroboh dan jaga kebersihan? Maknanya dilarang jaga kebersihan ke? Eh, macam ada yang perlu diperbaiki ni =) -


Taman ini juga terletak di jalan masuk ke kawasan bendang Kg Titi Teras yg luas dan damai. Setiap pagi dan petang dapat dilihat penduduk kampung beriadah dgn berjogging di sepanjang laluan bendang ini. 



Suatu ketika dulu semasa di bangku sekolah, saya pernah berjogging di laluan ini. Waktu itu, jalan ini masih tidak berturap dan salah satu perkara yg saya gemar lakukan ketika melalui sepanjang laluan ini adalah mencari pokok jarum emas. Sekarang jika saya melalui jalan ini menaiki motor, saya masih terjenguk-jenguk mencari pokok jarum emas ini tetapi nampaknya sudah pupus. Barangkali dek kerana racun tanaman yg digunakan atau kerana perubahan persekitaran.

Thursday, April 21, 2011

TADIKA Ummi


Tadika Ummi merupakan salah satu institusi pendidikan awal yg terdapat dalam Kampung Titi Teras. Tadika ini juga merupakan alternatif lain bagi ibu bapa yg mahu memberikan pendidikan awal yg terbaik untuk anak-anak kecil mereka selain daripada Tabika KEMAS Titi Teras. 

Tadika ini mendidik anak-anak kecil dalam membaca samada dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu, mengira atau pengetahuan matematik dan pendidikan Agama yg lebih diberikan penekanan dalam pembelajaran seharian.


Selain pembelajaran, pelbagai aktiviti menarik juga turut diadakan supaya para pelajar tidak mudah bosan dalam pembelajaran.

Pembelajaran diberikan selama separuh hari dari pagi sehingga waktu tengahari. Waktu operasi adalah setiap hari Isnin sehingga Jumaat bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari.

Motto Tadika Ummi: Peribadi Beriman, Generasi Cemerlang

Wednesday, April 20, 2011

TABIKA KEMAS


Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Titi Teras ini menyediakan program pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.

TABIKA memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). TABIKA KEMAS Titi Teras ini terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Titi Teras.


PENDEKATAN

Pendekatan Pengajaran Dan Pemelajaran
Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menggebirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :
  1. Belajar Melalui Bermain-Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pendekatan Bertema-Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minat kanak-kanak.
  3. Pendekatan Bersepadu-Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan.
  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi-Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.


Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :
  1. Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita, menyanyi, bersoal jawab.
  2. Aktiviti Kumpulan-Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalam kumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.
  3. Aktiviti Individu-Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran.



AKTIVITI

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS selepas waktu kelas (selepas pukul 11.30 pagi) ialah :
Mingguan
  1. Sekurang-kurangnya dua (2) hari seminggu selepas waktu kelas.
  2. Satu (1) jam bagi setiap sesi iaitu 11.30 pagi-12.30 tengahari.
  3. Aktiviti yang dilaksanakan ialah kelas Farhu Ain, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Muzik, Pergerakan Tubuh seperti Seni Silat dan lain-lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.
Tahunan
  1. Pertandingan Potensi
  2. Hari Sukan/Sukaneka

Tuesday, April 19, 2011

Sekolah Kebangsaan Titi Teras


Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTT) merupakan sekolah yg menjadi tumpuan penduduk Kg Titi Teras dalam mendapatkan pendidikan primer atau peringkat sekolah rendah. Hal ini sudah semestinya kerana lokasinya yg berdekatan dgn Kg Titi Teras. Saya juga merupakan bekas pelajar SKTT (tahun 1992-1996) dan berbangga kerana pernah belajar di sekolah ini!

Sewaktu zaman saya dahulu, setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas dan setiap kelas pula terdiri daripada lingkungan 15-18 orang murid. Tetapi sekarang SKTT sudah banyak berubah wajah dan pastinya bilangan murid-murid jauh lebih banyak dari dahulu.

Jika anda mahu lihat bagaimana rupa SKTT suatu ketika dulu, boleh lihat gambar di bawah yg di ambil sekitar tahun 70-an. Latar belakang gambar ini merupakan bangunan asal SKTT suatu ketika dulu.


Siapa agaknya gerangan wajah-wajah di dalam gambar ini ya? 



SKTT kini dilengkapi dengan kemudahan yg cukup lengkap untuk kegunaan murid-murid. 


LOGO SEKOLAH:



Lencana sekolah ini mempunyai empat warna asas iaitu kuning, biru, merah dan putih.

Kuning : Melambangkan cahaya yang akan menyinari kehidupan setiap warga sekolah, juga merupakan antara rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Biru : Melambangkan perpaduan, bernilai murni dan berfikiran sihat yang dapat melahirkan murid-murid yang berhati mulia. Biru juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Merah : Melambangkan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan dalam apa jua yang dilakukan demi mencapai kejayaan. Merah juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Putih : Melambangkan kesucian di mana setiap warga amat ditekankan dengan aspek kebersihan.


OBOR yang berwarna merah melambangkan semangat membara yang disemai dalam setiap warga sekolah dalam usaha mencapai kejayaan

LINGKARAN PADI yang berwarna kuning yang terdapat pada logo sekolah membawa maksud setiap warga sekolah disemaikan dengan sifat merendah diri walaupun berpengetahuan tinggi yang mana mengikut resmi padi, “semakin berisi semakin tunduk”.

Cogankata yang tertera pada lencana sekolah berbunyi PELAJARAN SULOH BUDIMAN. Cogankata ini ditujukan kepada semua warga sekolah di mana ilmu pengetahuan yang tinggi akan menjamin masa depan yang cerah serta dapat melahirkan insan KAMIL yang berhemah tinggi dan dapat berbakti kepada keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara.




Monday, April 18, 2011

Homestay @ Kampung Titi Teras

Kini masyarakat atau warga luar selain dari Balik Pulau atau Pulau Pinang dapat menikmati atau mengalami sendiri keharmonian dan keindahan Kampung Titi Teras dengan menginap di Homestay Astana-Inn.

Homestay ini merupakan milik sepenuhnya salah seorang penduduk Kg Titi Teras yg juga merupakan Pengerusi Qaryah Kg Titi Teras iaitu Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad. Homestay ini diusahakan bersama isteri beliau yg merupakan Pengerusi Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW), Puan Hajjah Sabariah binti Hashim.


Homestay ini mulai beroperasi dan dibuka untuk disewa pada September tahun 2009. Homestay yg mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air ini dilengkapi pelbagai keperluan asas dan dijamin dapat memenuhi keperluan tetamu terutamanya yg datang secara berkumpulan.

Kemudahan / fasiliti yg disediakan:

2 bilik dilengkapi katil King dan 1 bilik dilengkapi katil Queen
Setiap bilik lengkap dengan kipas siling dan penghawa dingin
Toto, selimut dan bantal tambahan disediakan untuk setiap bilik
Televisyen dengan sambungan Astro (pakej asas)
WiFi dengan kelajuan 1 MB
Seterika dan meja seterika
Sofa, meja makan
Sejadah, kain telekung, bedak, sikat disediakan
Ubat gigi, syampu dan sabun mandi disediakan
Peralatan dapur disediakan (dapur, kuali, periuk, pinggan mangkuk)
Dilengkapi peti sejuk 1 pintu dan mesin basuh automatik
Seluruh rumah lengkap berjeriji besi (grill) utk keselematan tetamu
Ruang meletak kereta yg luas



Homestay ini menjamin perkhidmatan bertaraf lima bintang dengan mengutamakan kebersihan dan keselesaan tetamu. Caj yg dikenakan AMAT berpatutan berbanding servis dan kemudahan yang ditawarkan oleh hotel-hotel di bandar. Bagi pengunjung yang berkunjung ke Balik Pulau atas pelbagai urusan, homestay merupakan pilihan utama memandangkan hotel-hotel agak jauh dari kawasan Balik Pulau.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://astana-inn.blogspot.com

P/S: pelakon kacak Aqasha jua pernah singgah di sini tau! Tak percaya? Klik SINI !

Saturday, April 16, 2011

Masjid An-Nur Titi Teras





Masjid Titi Teras  di bina pada tahun (1990) dan masjid sebelumnya di bina pada tahun 1930. Masjid ini di kenali sebagai masjid An-Nur ini juga dapat memuatkan sebanyak 800 orang. Di bawah masjid ini terdapat kayu Teras. Masjid ini menjadi tumpuan utama anak-anak qaryah untuk beribadat dan menuntut ilmu agama. Masjid ini juga di mana musyawarah dijalankan dalam membincangkan sesuatu berkaitan anak-anak qaryah atau perbincangan untuk menyelesaikan masalah.


Masjid ini dikawal selia oleh Jawatankuasa Qaryah & Pegawai Masjid. Di antara aktiviti yg dijalankan di dalam atau luar masjid ini adalah ibadah qurban, Hari Sukaneka/Mesra Penduduk, kuliah agama, kursus haji, kelas belajar tajwid dan pelbagai lagi.




Masjid An-Nur ini ditadbir oleh badan Qaryah yg diketuai oleh Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad.

Perpustakaan Desa PNM Titi Teras


Projek Perpustakaan Desa ini ditubuhkan di bawah Peruntukan Khas Belanja Mengurus. 


Perpustakaan Desa (PD) merukan sebuah pusat institusi sosial yang sangat bermanfaat kepada masyarakat setempat di luar bandar dan dapat membantu mengurangkan budaya lepak di kalangan pelajar. Dengan adanya perpustakaan desa ini,  golongan pelajar khususnya berpeluang menikmati kemudahan yang ada sebagai pusat rujukan dan mendapat bacaan tambahan bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam pelajaran. Di samping itu juga, diharapkan penubuhan perpustakaan desa ini dapat menerapkan dan menggalakkan budaya membaca kepada penduduk Titi Teras tanpa mengira peringkat usia.




Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti adalah merupakan sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti. Ianya berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan PPIK di peringkat setempat.

Pembukaan Perpustakaan Desa PNM Titi Teras ini telah dilaksanakan oleh Pn. Shukriah Bt. Hj. Yon, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang pada 18 April 2006.



Objektif

* Membangunkan kandungan pendidikan tempatan berasaskan web
* Menggalakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
* Menjalinkan hubungan komuniti tempatan
* Membina hubungan antara sekolah dengan sekolah yang lain melalui aktiviti berasaskan internet
* Mengalakkan budaya perkongsian maklumat dan amalan berkomunikasi



Alamat:
Perpustakaan Desa PNM Titi Teras
Berdekatan 591 Mk E Titi Teras
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
04-8660781
pteras@penanglib.gov.my
rosidah_rr@yahoo.com


Di buka pada:
Selasa - Sabtu
9.45 pagi - 6.00 petang

Rehat
1.00 tghr - 2.00 petang
1.00 tghr - 2.45 petang (Jumaat)


Ditutup pada :
Ahad - Isnin & Cuti Kelepasan Am

~~The man who does not read good books has no advantage over the man who can't read them.  ~Mark Twain, attributed~~

Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti (PPIK) Titi Teras


Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti adalah merupakan sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Perkhidmatan Ilmu Dan Komuniti. Ianya berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan PPIK di peringkat setempat.

Alamat:


PUSAT PERKHIDMATAN ILMU & KOMUNITI (PPIK)
Berdekatan 591 MK E Titi Teras,
11000 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Waktu Perkhidmatan:

Di buka Pada:
Selasa - Sabtu
9.45 pagi - 6.00 petang

Rehat:
1.00 tgh - 2.00 petang
1.00 tgh - 2.45 petang (Jumaat)

Di tutup Pada:
Ahad - Isnin & Cuti Kelepasan Am

Keahlian terbuka kepada:

- ahli komuniti yang berumur 18 tahun ke atas
- AJK PPIK
- Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung
(JKKK)
- Usahawan-usahawan sedia ada
- Ahli-ahli dari badan-badan sukarela
- Peserta yang mengikuti kursus ICT yang ditawarkan oleh PPIK

Kemudahan yg disediakan:

1. Khidmat penggunaan komputer & internet
2. Mencetak Dokumen
3. Photostat

Wednesday, April 13, 2011

Perusahaan Baniah: Usahawan Mee Kuning Titi Teras

Di dalam Kampung Titi Teras ini, terdapat sebuang kilang memproses mee basah yg diberi nama Perusahaan Baniah. Kilang memproses mee ini dibangunkan hasil usahasama dua beradik  iaitu En Abd. Rashid b Che Din dan En Abd Aziz b Che Din sejak 15 tahun yang lalu. Kilang yg dimulakan secara kecil-kecilan dulunya, kini menjadi antara pembekal utama mi kuning ke seluruh kawasan Balik Pulau.


Kini, setiap hari 10 guni tepung digunakan setiap hari utk memproses dan menghasilkan mee kuning. Perusahaan ini harus dijadikan contoh dan tauladan kepada penduduk kampung khususnya anak-anak muda Kampung Titi Teras.









Sumber maklumat & gambar: Blog JKKK Titi Teras

Saturday, April 9, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...