PENGENALAN



Kampung Titi Teras dianggarkan mempunyai seramai 4,200 orang penduduk (setakat tahun 2009). Dari jumlah itu, 1500 atau 35% daripadanya merupakan golongan lelaki dan selebihnya 2700 atau 64.5% merupakan golongan wanita. Majoriti penduduk kampung Titi Teras merupakan masyarakat berbangsa Melayu.

Penduduk Titi Teras mengamalkan budaya dan adat masing-masing tanpa mengganggu sensitiviti perkauman. Perkara ini merupakan tunjang utama dalam menghasilkan suasana hidup berkampung yang muafakat dan harmoni.

Kebanyakan penduduk Titi Teras yg berasal dari sekitar Balik Pulau datang dari keluarga penoreh getah dan pesawah. Meskipun begitu, kebanyakan rumah di dalam kampung ini didirikan di atas tanah hak milik sendiri.


***********************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...