KPW TITI TERAS

Kumpulan Pengambangan Wanita (KPW) merupakan satu pertubuhan di bawah bimbingan Jabatan Pertanian yg ditubuhkan khas untuk membentuk pemimpin di kalangan wanita supaya dapat berdikari, meningkatkan pengetahuan dalam bidang asas tani dan masakan. Diharapkan apa yg cuba diterapkan di kalangan kaum wanita ini dapat membantu mereka menambah pendapatan keluarga seterusnya membasmi kemiskinan.

Sehingga kini KPW Titi Teras sudah mempunyai seramai 40 orang ahli.



Sejarah Penubuhan KPW:

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) telah ditubuhkan dalam tahun 1978 di bawah naungan Jabatan Pertanian.  KPW merupakan organisasi wanita tani yang dipimpin oleh pemimpin dari kalangan wanita tani sendiri dengan bimbingan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.

KPW adalah saluran khusus bagi penyampaian maklumat dan perlaksanaan projek-projek di bawah Program Pembangunan Keluarga Tani (PKT), Jabatan Pertanian iaitu satu program yang ditujukan khas untuk membangunkan keluarga tani, melalui kumpulan-kumpulan wanita tani sebagai golongan sasaran.  Dari suri-suri rumah biasa, KPW membentuk pemimpin-pemimpin dari kalangan mereka supaya berdikari dan berupaya mengendalikan projek-projek yang berdaya maju, sekaligus membantu para suami menambahkan pendapatan dan membendung kemiskinan dengan bimbingan Pegawai-pegawai Jabatan Pertanian.

Disamping kemunculan pemimpin dari kalangan wanita tani, ribuan usaha-usaha kecil yang berani menceburkan diri dalam aktiviti ekonomi turut dilahirkan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk dan melahirkan usahawan industri-industri kecil.  Melalui program PKT, ahli-ahli KPW menjadi lebih matang dan lebih bijak mengurus dan mengendalikan rumahtangga dan keluarga melalui aktiviti latihan di bawah projek meningkatkan kualiti hidup keluarga tani.  Mereka juga peka terhadap konsep pengindahan rumah dan persekitaran, lantas turut memainkan peranan yang penting untuk menjadikan persekitaran rumah dan kawasan cantik dan ditanami dengan sayur-sayuran. Pada masa sekarang, perancangan projek-projek KPW masih PKT dan usaha-usaha telah dijalankan bagi membolehkan KPW berdikari sepenuhnya di bawah pimpinan ahli-ahli KPW sendiri.

Misi:

Menjadikan KPW sebagai satu badan penggerak kepada kumpulan wanita tani untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi keluarga dan seterusnya masyarakat tani menerusi peningkatan pengetahuan kemahiran dan keusahawanan.


Visi:

KPW sebagai penggerak utama kepada usahawan tani bagi meningkatkan sosio ekonomi ke arah membina masyarakat maju pada tahun 2012. KPW mendapat pengiktirafan pada tahun 1987.


********************************

AHLI JAWATANKUASA KPW TITI TERAS


Pengerusi KPW

Puan Hjh Sabariah bt Hashim

Setiausaha

Puan Sarina bt Ahmad

Bendahari

Puan Narisah Abd Rahim



Sehingga hari ini, antara aktiviti yang giat dijalankan oleh KPW Titi Teras adalah kelas memasak. Antaranya kelas belajar membuat cream puff, memasak beriani gam, kuih-kuih talam dan banyak lagi. Untuk mengetahui program-program akan datang yg dianjurkan oleh KPW, boleh berhubung terus dengan pengerusi KPW atau menyemak laman blog JKKK Titi Teras dari semasa ke semasa.

Berikut adalah sedikit gambar sekitar kelas memasak Beriani Gam yg diadakan di Dewan JKK bulan lepas.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...