(1) Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid hendaklah membantu MAINPP mentadbirkan Qaryah sesuatu masjid itu dan mengawal semua tanah wakaf dan tanah perkuburan Islam di dalam qaryahnya mengikut Enakmen dan Kaedah-Kaedah ini.
(2) Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid bagi suatu qaryah masjid hendaklah-
- (a) bertanggungjawab bagi pengelolaan sempurna dan keadaan baik bagi masjid, surau dan semua tanah perkuburan Islam dalam qaryahnya; (b) bertanggungjawab bagi kelakuan anak qaryah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam; (c) memberi maklumat wajar dan segera kepada MAINPP tentang semua perkara yang berbangkit dalam qaryah itu yang menghendaki perhatian MAINPP; (d) mentadbirkan dan mengawasi semua tanah wakaf dan perkuburan Islam di qaryah masjid dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan tanah wakaf dan perkuburan itu; (e) memastikan bahawa tiada kerja pembinaan dilakukan di atas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu tanpa kebenaran bertulis MAINPP dan melaporkan kepada MAINPP tentang apa-apa perbuatan salah yang dilakukan diatas tanah-tanah wakaf dan perkuburan Islam itu; (f) memberitahu MAINPP jika mana-mana anak qaryah melakukan apa-apa perbuatan yang melanggar ajaran agama Islam atau tidak mematuhi-
- (i) Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis lain tentang agama Islam; (ii) apa-apa arahan atau amaran MAINPP; atau (iii) apa-apa arahan Jawatankuasa Qaryah;
(4) Jawatankuasa Qaryah bagi sesuatu qaryah masjid itu boleh melantik jawatankuasa kecil, jika difikirkan perIu.
****************************
AHLI JAWATANKUASA QARYAH MASJID TITI TERAS
PENGERUSI QARYAH
Tuan Hj Jamaludin bin Hj Ahmad
TIMBALAN PENGERUSI QARYAH
En Mat Isa bin Salleh
SETIAUSAHA
En Ahmad bin Hj Hassan
SETIAUSAHA KERJA
Tuan Hj Mohd Tuah bin Ismail
BENDAHARI
Tuan Hj Muhammad Zahari bin Hj Muhammad Ghazali
BIRO PINGGAN MANGKUK
En Mat Isa bin Salleh
BIRO AMAL MA'RUF NAHI MUNGKAR
Tuan Hj Kassim bin Darus
BIRO WANITA
Puan Hjh Maznah binti Abdullah
BIRO PEMUDA
En Wan Omar bin Ismail
BIRO DAKWAH
Tuan Hj Mohd Tuah bin Ismail
BIRO TANAH KUBUR/KEBAJIKAN
Tuan Hj Jamaludin bin Hj Ahmad (memangku)
BIRO SEKOLAH AGAMA
Tuan Hj Zakaria bin Che Din
BIRO TANAH WAKAF
Tuan Hj Muktharudin bin Yahaya
Mendaftarlah sebagai anak Qaryah Titi Teras sekarang sekiranya anda tinggal di kawasan Titi Teras. Borang pendaftaran boleh didapati daripada AJK Qaryah. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM20 sahaja.