Tuesday, November 26, 2013

Blog Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)

Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Kg Titi Teras kini mempunyai laman blog sendiri bagi memudahkan kemaskini resipi dan hebahan.

Sila lawati pautan ini utk mengetahui sebarang aktiviti berkaitan KPW Titi Teras.


Saturday, October 15, 2011

TAHNIAH!! JUARA PERINGKAT NEGERI!


TAHNIAH diucapkan kepada Skuad Combi Kampung Titi Teras di atas kejayaan merangkul gelaran Johan - COMBI Daerah Terbaik bagi seluruh Pulau Pinang sempena Konvensyen COMBI 2011 anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang yg diadakan pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) baru-baru ini.

Skuad COMBI Kampung Titi Teras akan berentap di peringkat kebangsaan yg akan diadakan di Putrajaya pada 23 Oktober 2011

Doakan yang terbaik buat Skuad COMBI kampung kita!!




Wednesday, October 5, 2011

Chicken Chop

Tarikh Kelas: 24 Sept 2011


Bahagian 1 : AYAM



Bahan-bahan:

Ayam (tanpa tulang atau bertulang, terpulang)
Tepung menggoreng ayam ala KFC (jenama terpulang kepada citarasa)
Breadcrumbs





Cara-cara:

1. Gaulkan ayam bersama tepung menggoreng
2. Sebelom mengoreng, golekkan sekali lagi ayam yg sudah dicelup td ke dalam tepung menggoreng & breadcrumbs
3. Gorengkan sehingga kuning keemasan @ masak


Bahagian 2 : Sos Lada Hitam

Bahan-bahan:

1/2 botol sos lada hitam
2-3 sudu besar sos tiram
3-4 cendawan butang (hiris)
1 biji bawang besar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)
Lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit butter
Sedikit tepung jagung / tepung gandum
1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Panaskan butter utk menumis
2. Tumis bawang besar dan bawang putih
3. Masukkan sos lada hitam + sos tiram
4. Masukkan lada hitam
5. Masukkan campuran tepung jagung/gandum yg dicampur air
6. Gula & garam secukup rasa
7. Masukkan cendawan butang


Bahagian 3: Coleslaw



Bahan-bahan:

Kubis [hiris nipis]
Lobak Merah [dadu halus @ parut (grated)]
Mayonis
Garam




Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam satu bekas hingga rata
2. Simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan


Bahagian 4: Kentang Putar/Lenyek



Bahan-bahan:

4 biji kentang (rebus & lenyek)
1 sudu  besar butter
1/3 cawan susu segar
sedikit lada sulah






Cara-cara:

Kacau hingga semuanya mesra & agak pekat di atas api yg perlahan, kemudian angkat dan ketepikan


Bahagian 5: Sos Oriental

Bahan-bahan:

2 cawan sos cili
1 cawan sos tomato
1/2 tiin kacang panggang
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar (cincang)
1/2 cawan air
minyak, garam & gula secukup rasa
sayur campuran (mix veggie)
sedikit tepung jagung/gandum

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih & bawang besar
2. Kemudian campurkan sos cili , sos tomato, kacang panggang, air, gula & garam secukupnya
3. Masukkan mix veggie
4. Campurkan sedikit tepung jagung dengan air, masak atas api perlahan






Monday, October 3, 2011

Biskut Cornflakes

Tarikh Kelas: 30 July 2011


Bahan-bahan:

A:
250 gm butter
150 gm / 120 gm gula aising
1 biji kuning telur
300 gm tepung biasa

B:
cornflakes (hancurkan sedikit)

Cara-cara:

1. Gaulkan semua bahan-bahan A sehingga sebati
2. Setelah sebati, bentukkan bulat-bulat (saiz ikut kehendak masing-masing)
3. Ambil doh yg siap dibulat-bulatkan tadi, masukkan ke dalam mangkuk berisi cornflakes yg dihancurkan sedikit td
4. Golek / ramaskan doh tadi bersama cornflakes sehingga cornflakes melekat pada doh secukupnya


5. Bakar sehingga kekuningan


- hasil setelah siap dibakar-

10 Minit Mencegah Pembiakan Nyamuk AEDES

Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, tempayan air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.


    Sekiranya anda perlukan bantuan atau bimbingan dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes, bolehlah berjumpa dgn mana-mana ahli sukarelawan Skuad COMBI Kg Titi Teras. (Jangan minta Skuad COMBI kemaskan rumah anda sudah lah yea =D )

    Kepada yang ingkar dan berulang kali mendapati membiarkan nyamuk AEDES membiak di kawasan rumah anda, bersedialah untuk dikompaun!


NOTA: foto ihsan dr google

Sunday, October 2, 2011

Operasi COMBI 2 Okt 2011

Seperti yang semua sudah maklum, hari Ahad adalah hari Sukarelawan COMBI mengadakan operasi @ pemeriksaan mengikut kawasan. Tujuan  utama pemeriksaan adalah untuk memastikan penduduk Kg Titi Teras tidak menjadi pembiak nyamuk Aedes.

Pemeriksaan lazimnya dilakukan di luar kawasan rumah dan di dalam rumah terutama di kawasan panas @ "hot-spot" seperti bilik air, dapur (tempat pengeringan pinggan / bekas cegah semua yg diletakkan di kaki meja makan) dan pasu-pasu yg berisi air yg diletakkan di dalam rumah.

Foto di bawah merupakan hasil operasi COMBI yg dijalankan 2 Oktober 2011 baru-baru ini. Agak mendukacitakan kerana masih ada penduduk yg kurang mengambil berat terhadap pembiakan nyamuk aedes ini. Nasihat secara lisan telah diberikan dan diharapkan perubahan dapat dilihat dalam operasi yg akan datang.

Mereka yg didapati membiak nyamuk aedes boleh dikompaun maksima sehingga RM500. Bukankah lebih baik luangkan 10 minit sekali seminggu utk memastikan tiada pembiakan nyamuk aedes di kawasan rumah kita?



-Jumlah jentik-jentik terbanyak dr sebuah rumah yg dikumpulkan baru-baru ini-


NOTA: SETIAP BOTOL MEWAKILI SEBUAH RUMAH

Thursday, September 29, 2011

JOHAN Konvensyen Combi Daerah Barat Daya 2011


TAHNIAH & SYABAS!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan COMBI Kampung Titi Teras di atas kejayaan merangkul gelaran JOHAN KONVENSYEN COMBI DAERAH BARAT DAYA anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya (Pulau Pinang) yg diadakan di Klinik Kesihatan Bayan Baru pada 24 September 2011 yg lepas!! 

Semoga Pasukan COMBI Kg Titi Teras akan merangkul gelaran JOHAN Peringkat Negeri pula selepas ini. Semoga Berjaya!!



 - sumber foto: http://jkkktititeras.blogspot.com -

 - sumber foto: http://jkkktititeras.blogspot.com -
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...