Saturday, September 24, 2011

Kelas Memasak Akan Datang!



~gambar sekadar hiasan ihsan dr Google~


KELAS MEMASAK ANJURAN KPW!

TARIKH: 24 SEPT 2011
HARI : SABTU
LOKASI: DEWAN JKKK
MASA: 2.30 PTG
YURAN: RM 5 SEORANG

Anda teringin utk memasak masakan barat? Tapi tidak tahu bagaimana? Kali ini KPW Titi Teras bawakan anda kelas cara-cara membuat chicken chop & sos lada hitam yg dijamin lazat!!


Sesiapa yg berminat, JANGAN LUPA sertai kelas ini!


Bahan-bahan serta perkakasan memasak disediakan!

Kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta menyertai kelas ini bagi menjamin kelancaran pembelajaran. Harap beri kerjasama.

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri


BISKUT JEM NENAS

Tarikh Kelas: 30 July 2011


BAHAN- BAHAN:

2 biji telur merah -BAHAN A
200 gm butter - BAHAN A
garam + 1 @ 2 camca air - BAHAN B
300 gm tepung gandum - BAHAN C
Jem nenas (inti)
telur merah (untuk hiasan penghabisan)

CARA - CARA:

  1. Pukul adunan bahan A sehingga sebati
  2. Masukkan bahan B dan teruskan mengadun adunan
  3. Masukkan bahan C dan adunkan sehingga tidak lagi basah
  4. Kacau @ uli doh menggunakan tangan supaya lebih sebati
  5. Ambil doh tadi dan bulat-bulatkan mengikut saiz yg dikehendaki
  6. Ambil tepung yg siap dibulat-bulatkan, leperkan dan masukkan jem nenas di tengah dan bentukkan ia kepada bentuk bujur **
  7. Garis-gariskan jalur di atas doh td kemudian sapukan kuning telur sebelum dibakar

** untuk memudahkan kerja, boleh lah membentuk jem nenas kepada bentuk bulat terlebih dahulu (seperti gambar di bawah) sebelum mula mengadun tepung

-gambar ihsan dr google-


NOTA: Dalam resipi ini, jem nenas akan tertutup sepenuhnya di dalam doh, tidak ternampak seperti biskut jem nenas yg biasa ;)

SELAMAT MENCUBA!!

Monday, June 27, 2011

Sekitar Kelas Memasak 25 June 2011










 
hmmmmmmmmm?

Koleksi Resipi Kelas Memasak Anjuran KPW

Sekiranya ada yg terlepas utk mengikuti kelas-kelas masakan anjuran KPW yg terdahulu, kini anda boleh dapatkan salinan resipi dr laman blog ini! Saya akan cuba sehabis baik utk mengemaskini laman ini sekerap mungkin.

Terima Kasih!


Friday, May 27, 2011

Kek Chiffon Pandan

Tarikh kelas: 21 May 2011

BAHAN-BAHAN:


Bahan A


500 gm tepung chiffon mix
500 gm telur ( 9 biji )
75 gm air / santan
Sedikit pes pandan

*******
75 gm minyak


CARA-CARANYA:


  1. Pukul bahan A sampai gebu dan naik
  2. Masukkan minyak sedikit-sedikit sampai habis
  3. Tuangkan dalam acuan kek yg mempunyai lubang di tengah


   
       4. Bakar hingga masak kekuningan




       5. Potong sebelum dihidang



SELAMAT MENCUBA!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...