Monday, October 3, 2011

10 Minit Mencegah Pembiakan Nyamuk AEDES

Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:
  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, tempayan air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.


    Sekiranya anda perlukan bantuan atau bimbingan dalam mencegah pembiakan nyamuk Aedes, bolehlah berjumpa dgn mana-mana ahli sukarelawan Skuad COMBI Kg Titi Teras. (Jangan minta Skuad COMBI kemaskan rumah anda sudah lah yea =D )

    Kepada yang ingkar dan berulang kali mendapati membiarkan nyamuk AEDES membiak di kawasan rumah anda, bersedialah untuk dikompaun!


NOTA: foto ihsan dr google

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...