Friday, April 22, 2011

Taman Rekreasi Pokok Kenanga


Setiap kampung pasti ada kawasan atau tempat yg dikhaskan untuk aktiviti riadah. Begitu juga dengan Kg Titi Teras. Kawasan ini dinamakan Taman Rekreasi Kenanga. Taman ini adalah sumbangan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Dilengkapi pondok rehat, laluan berbatu refleksologi dan gelanggang takraw yg juga boleh digunakan sebagai gelanggang badminton.


Selain Dataran Masjid An-Nur Titi Teras, perkarangan Taman Rekreasi Pokok Kenanga ini juga menjadi tempat di mana aktiviti-aktiviti yg dianjurkan oleh Qaryah atau JKKK dijalankan.

-Ehh, Pokok Kenanga ke Kenaga ni? Saya pula yg keliru. Dilarang menceroboh dan jaga kebersihan? Maknanya dilarang jaga kebersihan ke? Eh, macam ada yang perlu diperbaiki ni =) -


Taman ini juga terletak di jalan masuk ke kawasan bendang Kg Titi Teras yg luas dan damai. Setiap pagi dan petang dapat dilihat penduduk kampung beriadah dgn berjogging di sepanjang laluan bendang ini. 



Suatu ketika dulu semasa di bangku sekolah, saya pernah berjogging di laluan ini. Waktu itu, jalan ini masih tidak berturap dan salah satu perkara yg saya gemar lakukan ketika melalui sepanjang laluan ini adalah mencari pokok jarum emas. Sekarang jika saya melalui jalan ini menaiki motor, saya masih terjenguk-jenguk mencari pokok jarum emas ini tetapi nampaknya sudah pupus. Barangkali dek kerana racun tanaman yg digunakan atau kerana perubahan persekitaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...