Wednesday, April 20, 2011

TABIKA KEMAS


Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) KEMAS Titi Teras ini menyediakan program pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun. Tujuannya ialah untuk menggalakkan perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.

TABIKA memberi pendidikan non-formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). TABIKA KEMAS Titi Teras ini terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Titi Teras.


PENDEKATAN

Pendekatan Pengajaran Dan Pemelajaran
Pelbagai pendekatan digunakan supaya pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta menggebirakan berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu :
  1. Belajar Melalui Bermain-Penekanan kepada belajar melalui bermain dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  2. Pendekatan Bertema-Satu topik dipilih bersesuaian dengan kehidupan, masa, tempat dan minat kanak-kanak.
  3. Pendekatan Bersepadu-Aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan.
  4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi-Membantu kanak-kanak memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan dan rakan serta memperkayakan pengalaman pembelajaran.


Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara terancang :
  1. Aktiviti Kelas - Seluruh kelas menjalankan aktiviti secara serentak contohnya bercerita, menyanyi, bersoal jawab.
  2. Aktiviti Kumpulan-Kanak-kanak melaksanakan aktiviti yang sama atau berbeza-beza dalam kumpulan kecil. Contohnya ialah projek, aktviti memasak dan membuat percubaan.
  3. Aktiviti Individu-Kanak-kanak berpeluang menjalankan aktiviti pembelajaran secara bersendirian. Contohnya bermain di Pusat Pembelajaran.



AKTIVITI

Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti Kokurikulum yang ditetapkan oleh KEMAS selepas waktu kelas (selepas pukul 11.30 pagi) ialah :
Mingguan
  1. Sekurang-kurangnya dua (2) hari seminggu selepas waktu kelas.
  2. Satu (1) jam bagi setiap sesi iaitu 11.30 pagi-12.30 tengahari.
  3. Aktiviti yang dilaksanakan ialah kelas Farhu Ain, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Muzik, Pergerakan Tubuh seperti Seni Silat dan lain-lain yang dipersetujui oleh Jawatankuasa.
Tahunan
  1. Pertandingan Potensi
  2. Hari Sukan/Sukaneka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...