Friday, April 22, 2011

Taman Permainan


Semasa kecil, saya sangat-sangat suka jika dapat bermain di taman permainan. Saya kira setiap kanak-kanak akan merasakan perasaan yg sama. Namun pada waktu saya kecil dahulu, saya sangat jarang dapat bermain di taman permainan kerana pada waktu itu, taman permainan yg terdekat dengan kampung titi teras adalah taman permainan di Jalan Chai. Oleh kerana lokasi taman permainan itu yg terletak di tepi jalan besar dan terpaksa melintas jalan yg sibuk sebelum dapat sampai ke taman itu, saya dilarang oleh ibu bapa saya daripada pergi bermain disitu. Ianya terlalu merbahaya malah pernah mengorbankan seorang rakan saya semasa di sekolah rendah.

Sekarang, anak-anak kecil Kg Titi Teras tidak perlu menempuh bahaya itu lagi kerana sebuah taman permainan telah disediakan dan diletakkan di perkarangan Masjid An-Nur Titi Teras. Taman permainan ini merupakan hasil sumbangan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Ianya siap dipasang pada 30 Disember 2010 yg lalu dan boleh dikatakan ianya adalah hadiah sempena menyambut tahun baru 2011 buat penduduk Kg Titi Teras.

Segunung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MPP di atas sumbangan yg diberikan!


Taman permainan ini menjadi tumpuan kanak-kanak kerana lokasinya yg strategik iaitu bersebelahan Tadika Ummi, Sekolah Agama Rakyat, PPIK dan Perpustakaan Desa PNM Titi Teras.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...