Tuesday, April 19, 2011

Sekolah Kebangsaan Titi Teras


Sekolah Kebangsaan Titi Teras (SKTT) merupakan sekolah yg menjadi tumpuan penduduk Kg Titi Teras dalam mendapatkan pendidikan primer atau peringkat sekolah rendah. Hal ini sudah semestinya kerana lokasinya yg berdekatan dgn Kg Titi Teras. Saya juga merupakan bekas pelajar SKTT (tahun 1992-1996) dan berbangga kerana pernah belajar di sekolah ini!

Sewaktu zaman saya dahulu, setiap darjah hanya mempunyai 1 kelas dan setiap kelas pula terdiri daripada lingkungan 15-18 orang murid. Tetapi sekarang SKTT sudah banyak berubah wajah dan pastinya bilangan murid-murid jauh lebih banyak dari dahulu.

Jika anda mahu lihat bagaimana rupa SKTT suatu ketika dulu, boleh lihat gambar di bawah yg di ambil sekitar tahun 70-an. Latar belakang gambar ini merupakan bangunan asal SKTT suatu ketika dulu.


Siapa agaknya gerangan wajah-wajah di dalam gambar ini ya? 



SKTT kini dilengkapi dengan kemudahan yg cukup lengkap untuk kegunaan murid-murid. 


LOGO SEKOLAH:



Lencana sekolah ini mempunyai empat warna asas iaitu kuning, biru, merah dan putih.

Kuning : Melambangkan cahaya yang akan menyinari kehidupan setiap warga sekolah, juga merupakan antara rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Biru : Melambangkan perpaduan, bernilai murni dan berfikiran sihat yang dapat melahirkan murid-murid yang berhati mulia. Biru juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Merah : Melambangkan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan dalam apa jua yang dilakukan demi mencapai kejayaan. Merah juga merupakan salah satu daripada rumah sukan yang terdapat di sekolah ini.

Putih : Melambangkan kesucian di mana setiap warga amat ditekankan dengan aspek kebersihan.


OBOR yang berwarna merah melambangkan semangat membara yang disemai dalam setiap warga sekolah dalam usaha mencapai kejayaan

LINGKARAN PADI yang berwarna kuning yang terdapat pada logo sekolah membawa maksud setiap warga sekolah disemaikan dengan sifat merendah diri walaupun berpengetahuan tinggi yang mana mengikut resmi padi, “semakin berisi semakin tunduk”.

Cogankata yang tertera pada lencana sekolah berbunyi PELAJARAN SULOH BUDIMAN. Cogankata ini ditujukan kepada semua warga sekolah di mana ilmu pengetahuan yang tinggi akan menjamin masa depan yang cerah serta dapat melahirkan insan KAMIL yang berhemah tinggi dan dapat berbakti kepada keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...